Tuesday, 9 January 2018

KORDIAL, MINUMAN BERPERISA BUAH DAN JUS

Jika kita pergi ke kedai runcit atau pasaraya, ada banyak jenis minuman yang boleh didapati samada minuman yang perlu dibancuh atau yang boleh diminum terus (straight drink atau ready-to-drink).

Antara jenis minuman yang boleh dijumpai adalah:
1. Kordial
Kordial adalah minuman yang perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum diminum. Ada 2 jenis kordial yang dijual dipasaran iaitu
i.. Kordial/ skuas buah - 
ii. Kordial berperisa -tidak mengandungi jus sebaliknya hanya perisa

Bagi kordial/skuas buah, Selain air dan gula yang menjadi komponen utamanya, ia mestilah mengandungi sejumlah pati/jus/pekatan buah. Bagi menjadikan ia tahan lebih lama penstabil seperti Hydroxymethylcellulose akan ditambah selain pengawet, citric acid bagi mengawal keasidan. Pewarna dan perisa juga seringkali diguna bagi menambah ciri visual, rasa dan bau.

Kordial berperisa pula mempunyai kelikatan yang lebih cair kerana ia langsung tidak mengandungi pati/jus buah. Ramuannya hanyalah air, gula, perisa, pewarna dan pengawet. 


2. Minuman jus buah, Minuman buah atau Minuman berperisa
Ketiga-tiga jenis minuman ini adalah jenis straight drink iaitu boleh diminum terus tanpa membancuhnya dengan air.

Menurut Peraturan Makanan Malaysia 1983, minuman jus buah mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 35% jus/pati atau ekstrak buah. Selain itu penambahan air, gula, perisa, pewarna dan pengawet juga selalu digunakan. Saya pernah ternampak satu jenama dengan produk dilabel sebagai Jus Mangga dengan ramuannya seperti berikut: Air, Sari Mangga (20%), Gula, Xanthan Gum (E415) sebagai penstabil, Sodium Benzoate (E211) dan Sodium Metabisulphite (E223) sebagai pengawet, Beta-carotene (E160a) sebagai pewarna selain mengandungi perisa. Pada pendapat saya, minum air kosong adalah jauh lebih baik dari jus mangga tersebut.

Minuman buah pula mempunyai kandungan jus buah yang kurang iaitu sekurang-kurangnya 5% sahaja. Bahan lain seperti air, gula, perisa pewarna dan pengawet memang tidak dapat dielakkan.

Minuman berperisa pula adalah minuman yang langsung tidak mengandungi jus/ekstrak atau pati buah. Ia hanyalah air yang biasa disedapkan oleh gula, dan ditambah perisa, pewarna dan pegawet.

Kesimpulan: Kesemua minuman di atas mengandungi gula yang boleh dielakkan jika kita tidak meminumnya. Saya ambil contoh satu label Kordial Berperisa Sarsi. Pada labe tersebut ditulis: Nisbah Campuran: 1 bahagian kordial + 4 bahagian air
Hidangan setiap pek: 40. Botol tersebut mempunyai isipadu 2liter, bererti setiap hidangan dicadangkan untuk mengandungi 50ml kordial dan ditambah 200ml air. Pada maklumat pemakanan juga dinyatakan bagi setiap hidangan [*selepas campuran air mengikut nisbah disyorkan], jumlah gula yang anda ambil adalah 26.8gram iaitu bersamaan dengan lebih 5 sudu gula. Dengan jumlah gula, selain pengawet, pewarna dan perisa, kesemua minuman di atasnya sebaiknya dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik. 

Pendapat saya: Sudah bertahun saya tidak membeli kordial dan minuman berperisa. Minuman jus atau minuman buah pun sangat jarang sekali saya ambil kerana saya ingin mengurangkan sebanyak mungkin penggunaan aditif makanan. Tambahan pula minuman adalah sumber paling mudah untuk kita mengambil gula berlebihan.

Dari masa ke semasa saya lebih suka membuat minuman menggunakan buah atau sayuran segar menggunakan blender ataupun juicer. Sekiranya tetamu samada auditor, inspektor, supplier malah customer yang datang ke pejabat, saya hanya menyediakan drinking water atau mineral water. Sekiranya tetamu datang ke rumah, minuman sejuk yang saya sediakan adalah honey lemon. Sekiranya saya ada carbonated water (bukan carbonated drinks) dan daun pudina, ia akan ditambah dan dinamakan mojito (sebut mohito). Tetapi saya lebih sukakan young coconut water berbanding honey lemon atau mojito - dan semestinya original tanpa gula

Banyak resipi lain yg boleh dibuat sendiri dan lebih sihat, contohnya avocado smoothie, saya hanya guna ripe avocado, fresh milk, some water and a little honey. Jika beli di kedai kebiasaan avocado ditambah evaporated creamer dan banyak pula gula.😉.

KOPI, HERBA DAN MAGIC

Salah satu produk yang diperkenalkan pada tahun-tahun 1990an dan mendapat perhatian dan permintaan yang sangat tinggi adalah kopi prac...