Penambah Perisa (flavour enhancer)
Post kali ini membincangkan secara ringkas tentang penambah perisa yang memberi rasa umami. Satu perkataan Jepun yang diantarabangsakan. Uma = savoury ; mi = rasa. Banyak penyelidikan bersetuju bahawa selain 4 tunas rasa yang asas di lidah iaitu manis, masam, pahit dan masin, terdapat tunas rasa yang boleh mengesan rasa umami bila bertindakbalas dengan komponen glutamates dan nucleotides yang terdapat dalam makanan.
Sebelum tahun 1990an, satu-satunya penambah perisa yang paling popular ialah Mono Sodium Glutamate (MSG) E621 yang diperkenalkan oleh syarikat AjiNoMoto.
Tahun-tahun berikutnya dua lagi penambah perisa yang paling kerap digunakan adalah Disodium Inosinate (E631) dan Disodium Guanylate (E627). Kedua-dua bahan ini juga dikenali sebagai Disodium 5'-ribonucleotides
MSG yang agak murah boleh digunakan secara tunggal namun untuk Inosinate dan Guanylate adalah lebih mahal dan ia sentiasa digunakan secara kombinasi.
Penambah perisa ini dijual dalam bentuk kiub, granul dan ada juga dalam bentuk cecair. Ada yang dibuat berperisa ayam, daging lembu, ikan bilis dan sayuran (Di sesetengah negara, ada juga perisa khinzir). Penambah perisa digunakan dengan cara yang sangat meluas dalam makanan terproses seperti mi segera, snek (makan rapu atau jajan), kerepek, sos perisa tiram, kicap dan daging terproses.
Penggunaan kombinasi Monosodium Glutamate, Disodium Inosinate dan Disodium Guanylate meningkatkan sodium dalam tubuh dengan sangat tinggi dan meninggikan risiko mengalami peningkatan tekanan darah (hipertention). Lihat kombinasi yang melibatkan satu monosodium dan dua disodium (bererti lima ion sodium) berbanding sekiranya kita menggunakan garam biasa iaitu Sodium Chloride, kita hanya mengambil satu ion sodium. Malang sekali saya pernah berjumpa dengan warga tua yang mengidap tekanan darah tinggi memberitahu bahawa mereka mengelak dari mengambil garam sebaliknya menggunakan penambah perisa dalam masakan harian mereka. Satu keputusan yang menyebabkan penyakit dihidap semakin parah.
Selain itu, Guanylate dan Inosinate ini juga didapati mempunyai kesan negatif kepada sistem immunologi dan boleh menyebabkan simptom-simptom asthma dan allergic seperti ruam dan ekzema.
Disodium guanylate tidak selamat untuk bayi yang baru lahir dan sebaiknya di elakkan oleh pengidap asma dan gout kerana guanylate adalah sejenis ribonucleotide yang mana tubuh akan metabolisma kedua molekul ini menjadi purin.
Saya yakin bahawa dari masa kesemasa kes tekanan darah tinggi, allergic dan gout akan meningkat saban tahun di seluruh negara. Sekiranya pengguna dan pengamal perubatan hanya menasihati pesakit untuk mengelak atau mengurang pengambilan garam untuk mengelak hipertensi, mengelak makanan laut untuk mengelak allergy dan gout, nasihat ini adalah tidak mencukupi dan gejala-gejala penyakit mereka pasti berterusan.
Sampai masanya masayarakat perlu lebih peka dengan kepelbagaian aditif makanan yang ada dipasaran. Industri makanan mempunyai teknologist yang bijak menjadikan produk keluaran mereka sedap dan menjadikan anda makan produk keluaran mereka terlagi-lagi. Sekiranya anda tidak prihatin dan belajar untuk mengenalpasti molekul yang tidak sesuai untuk anda, mungkin anda akan mengalami pelbagai penyakit akibat pengambilannya secara berlebihan.
Pengalaman peribadi. Dahulu saya tidak suka makan sup kerana merasakan sup mempunyai rasa yang hambar sehinggalah kakak saya menyajikan sup yang ditambah kiub perisa daging lembu. Bermula dari saat itu, saya mula menggunakan penambah perisa dalam setiap masakan. Setelah suatu tempoh, saya mula mengalami ruam, ekzema dan sekali sekala terasa seperti terkena serangan asma. Serangan allergic saya agak teruk dan menjadikan hidup saya miserable. Pada masa yang sama, tekanan darah saya juga agak tinggi iaitu lebih kurang 150/95. Bacaan uric acid saya juga agak tinggi. (Saya buat medical check-up) Pada suatu hari semasa ke hospital dan seorang jururawat bertanya adakah saya ingin meminta ubat darah tinggi dari doktor, pada masa itu saya membuat keputusan bahawa saya akan kaji semula pemakanan saya dan membuat beberapa perubahan drastik. Antaranya saya tidak lagi membeli makanan terproses seperti sosej, nugget, sos perisa tiram, MSG dan tentu sekali serbuk perisa ayam, bilis atau daging. Semua kesan allergic saya hilang dalam tempoh dua minggu dan tekanan darah saya turun kepada 118/72 selepas dua bulan saya uji tekanannya sebaik mengubah apa yang saya makan. Alhamdulillah setelah beberapa tahun dan sekarang saya berumur akhir 40an (saya lahir Dec 1071), tekanan darah dan glukos darah saya sentiasa normal. Dan saya sangat menyukai sup walaupun sup saya tidak ditambah perisaπππͺπ

Monosodium glutamate
Disodium inosinate
Disodium guanylate
No comments:
New comments are not allowed.