Salah satu produk yang diperkenalkan pada tahun-tahun 1990an dan mendapat perhatian dan permintaan yang sangat tinggi adalah kopi pracampur atau kopi 3in1.
Pada mulanya, kopi pracampur yang awal dipasarkan adalah kombinasi 3 bahan utama iaitu:
1. krimer bukan tenusu
2. gula
3. serbuk kopi segera
Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan, beberapa kepelabagaian dilakukan bagi mendapat perhatian pengguna. Ada pengeluar yang lebih berhemah dan menggantikan krimer bukan tenusu kepada susu tepung samada susu lembu atau susu kambing.
Tidak kurang juga yang menambah campuran atau ekstrak pelbagai herba, mineral dan sebagainya yang didakwa mempunyai seribu satu khasiat. Ada yang mengatakan kopi pracampur yang mengandungi herba tongkat ali yang mampu meningkat stamina dan keperkasaan seseorang lelaki, ada juga kopi dengan pracampur tertentu yang berupaya mengubat seribu satu penyakit. Ramai pengguna yang begitu meyakini keberkesanan kopi pracampur bagi mengubati atau merawat penyakit di bawah langit.
Di sini saya bincangkan kandungan kopi pracampur yang tipikal:
1. Krimer bukan tenusu - krimer bukan tenusu diguna untuk memberi rasa lemak berkrim dalam sediaan minuman dan melembutkan rasa pahit kopi. Ia merupakan alternatif yang sangat murah jika dibandingkan dengan penggunaan susu tepung. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa krimer bukan tenusu ini mempunyai gula sebab ia tidak begitu manis. Hakikatnya krimer bukan tenusu ini dibuat menggunaan glucose syrup dan lemak kelapa sawit terhidrogen. Selain itu ia juga mengandungi sodium caseinate (sejenis protein susu), penstabil [E340 (potassium phosphate), E451 (sodium trihosphate), E452(sodium polyphosphate), E331(trisodium citrate)], pengemulsi[E471, E472 - mono & diglycerides of fatty acids] dan anti-caking agent [E551 - silicon dioxide] iaitu mengelakkan krimer menjadi keras.
2. Kebanyakkan kopi pra campur dimaniskan dengan gula. Namun ada juga yang menggunakan stevia sebagai pemanis. Namun pastikan sekiranya anda mengidap diabetes, tiada gula lain seperti fruktosa dan glukosa ditambah kerana penambahan stevia mungkin sebagai gimik, lagipun stevia mempunyai sedikit after-taste yang kurang sedap.
3. Serbuk atau kristal kopi segera.
Selain 3 komponen utama banyak penambahan lain seperti ekstrak herba, mineral seperti garam dan perisa juga ditambah untuk menyedapkan lagi rasa kopi. Kandungan herba yang dimasukkan biasanya tidaklah begitu banyak. Contoh kopi pracampur hazelnut, ia tidak mengandungi ekstrak kacang hazel sebaliknya hanya ditambah perisa kacang hazel.
Ada sesetengah jenama menambah maltodextrin sebagai bulking agent, iaitu ia menyebabkan satu sachet kopi pracampur itu lebih banyak dan besar tanpa mengubah rasa asal. Maltodekstrin adalah sejenis gula dengan molekul yang agak besar dan sebaiknya dielakkan sekiranya kita tidak megamalkan gaya hidup yang aktif kerana gylcemic indexnya adalah agak tinggi iaitu 85-100.
Kopi mengandungi beberapa molekul polyphenol seperti hyroxycinnamic acid yang memberi kopi bau yang tertentu dan stimulat seperti caffein. Kopi pracampur mempunyai pasaran yang sangat besar kerana ia amat mudah disediakan iaitu hanya ditambah air panas. Namun kita mestilah berhati-hati memilih kopi pracampur ini bukan hanya mengikut jenama dan rasa tetapi lebih penting lagi kandungan dan ramuannya.
Peribadi: Tidak ada kopi pracampur dirumah dan pejabat saya. Saya hanya menggunakan serbuk kopi yang telah dipanggang hitam dan membancuh mengguna mesin espresso, saya suka menambah susu segar panas tanpa gula untuk memberi rasa latte yang smooth. Kopi memppunyai sifat diuretic dan sekiranya diminum waktu malam kita kerap bangun untuk pergi ke tandas.😏

No comments:
Post a Comment