Saya suka membincangkan keberkesanan pengambilan kolagen dengan kawan-kawan yang mempunyai background farmasi dan nutritionist tetapi mereka tidak dapat memberi jawapan yang konklusif. Jadi di sini saya bincangkan beberapa fakta berkaitan kolagen dari segi kimia dan biosintesis. Saya lebih tertarik membaca kajian dari penyelidik-penyelidik dari MIT. Diketuai oleh Prof Ronald T Raines seorang Chemical Biologist di MIT yang mengetuai penyelidikan berkaitan kolagen, ribonucleisis, kimia protein dan biofuel.
Dari perbincangan ini, kita dapat membuat kesimpulan, adakah berbaloi membeli dan mengambil kolagen sebagai supplemen anti-penuaan?
Rajah di atas menunjukkan betapa kompleknya struktur kolagen yang terdiri dari rantaian peptida membentuk struktrur alpha-helix dan kemudian tersusun menjadi collagen fibrils dan kemudian barulah disusun menjadi collagen fibers yang berfungsi sebagai struktur utuh dalam tubuh kita
Apa itu kolagen?
Kolagen adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel fibroblast dan beberapa sel epithelium. Lebih tepat lagi ia adalah jenis structural protein (study fibrous protein vs globular protein). Kolagen terletak di ruang extracellular (antara sel) di tisu perantara di pelbagai bahagian tubuh haiwan. Lebih kurang 20% dari protein tubuh adalah dari jenis kolagen. Kolagen tidak terdapat dalam tumbuhan.
Kolagen memberi kekuatan dan tensile strength pada bahagian tubuh. Ia juga bersifat hydrophobic jadi ia mestilah terdiri dari asid amino yang bersifat hydrophobic. Kolagen adalah komponen yang sangat penting yang membentuk struktur dalam fibrous tissue seperti kulit, tulang, cartilage, ligaments, tendon, kulit, cornea, salur darah, perut, invertebral disc, injap jantung dan dentin dalam gigi.
Disebabkan kolagen adalah sejenis protein, maka ia dibina dari jujukan asid amino. Asid amino yang paling kerap dijumpai dalam jujukan molekul kolagen adalah proline, glycine, hydroxyproline, arginin dan beberapa jenis asid amino yang lain. Jujukan yang paling keraa dijumpai adalah mengikut corak Gly-Pro-X atau Gly-X-Hyp, di mana x boleh jadi asid amino selain Gly, Pro atau Hyp. Berbanding protein-protein lain, kolagen adalah agak istimewa kerana ia mempunyai asid amino terbitan proline ia itu hydroxyproline dan terbitan lysine iaitu hydroxylysine. Penghasilan kedua-dua terbitan asid amino ini memerlukan vitamin C sebagai ko-facor. (Ini menerangkan kenapa kekurangan Vit C boleh menyebabkan penyakit skurvi). Apabila disusun amino acid ini secara berulang, ia boleh membentuk struktur triple helix yang sangat kompleks dan sangat utuh.
Jenis kolagen
Terdapat beberapa jenis kolagen yang berbeza bergantung kepada kedudukannya di dalam tubuh. Contohnya, kolagen di bahagian kulit adalah berbeza dari kolagen di bahagian cartilage (tulang rawan). Kolagen kulit boleh di hasilkan dari masa ke semasa tetapi kolagen di bahagian cartilage dihasilkan sekali dan sepatutnya bertahan seumur hidup. Sekiranya cartilage ini haus, ia tidak lagi dapat di hasilkan oleh tubuh.
Terdapat lebih dari 20 jenis kolagen (bergantung kepada jujukan asid amino) dalam mamalia tetapi yang paling banyak adalah jenis
I - Triple helixs terdiri dari 2[α1(I)]+1[α2(I)] terdapat pada tulang, tendon, ligamen, meniski, aorta, cornes
II - Terdiri dari 3[α1(II)] triple helixs -(terdapat pada cartilage (tulang rawan)
III - Terdiri dari 3 [α1(III)] triple helixs - arteries
IV - Terdiri dari 3 [α1(IV)] triple helixa - basal membrane of internal organs
V- Terdiri dari 3 [α1(IV)] permukaan sel, rambut, placenta
Apa berlaku jika kekurangan kolagen
Kolagen memberi kekuatan dan tensile strength pada bahagian-bahagian tubuh. Jadi bergantung kepada jenis dan bahgian tubuh yang kekurangan kolagen, antara yang boleh berlaku adalah sakit sendi, leaky gut, kulit kendur dan berkedut, osteogenesis, skurvi dan pelbagai lagi.
Biosintesis kolagen
Tubuh kita boleh mensintesis kebanyakkannn kolagen dari masa ke semasa kecuali kolagen untuk cartillage. Bagaimana pun sebagaimana kebanyakkan proses yang lain, biosintesis kolagen menurun dengan peningkatakan usia. Biosintesis adalah proses yang sangat rumit dan memerlukan langkah-langkah yang kompleks yang memerlukan pengaktifan pelbagai genes, enzim, kofaktor dan tentu sekali ketersediaan asid amino.
Saya ringkaskan langkah penghasilan kolagen dalam tubuh seperti berikut:
1. Pembentukan kolagen dimulakan dengan pengaktifan beberapa genes (iaitu jujukan NDA). Terdapat lebih dari 30 genes perlu diaktifkan yang mengkod jujukan α-peptide tertentu (samada α1, α2 dan sebagainya) oleh enzim DNA polymerase. Kod dari genes ini akan ditranskripsi bagi membentukan rantaian mRNA yang berpadanan dengan kod DNA ini.
2. Setelah jujukan mRNA siap, ia akan keluar dari nukleus cell ke cytoplasm. Di cytoplasm, mRNA dberhubung pula dengan organel ribosom dan proses translation pula berlaku. Kod-kod RNA kemudian dibaca untuk membentuk jujukan asid amino yang dipanggil pre-procollagen dan proses ini berlaku sepanjang Endoplasmic Reticulum.
3. Pre-procollagen mengalami proses hydroxylation pada asid amino proline menjadi hydroxyproline dan asid amino lysine pula ditukar kepada hydroxylysine. Hydroxylysine kemudian diubah lagi dalam proses glycosylation dengan bertindakbalas dengan gula glucose atau galactose. Pada tahap ini vitamin C atau ascorbic acid diperlukan sebagai co-factor.
4. Setelah modifikasi pada amino acids ini berlaku, rantaian yang terbentuk akan berpusing (twisted) dan bergabung membentuk struktur triple helix dalam Endoplasmic Reticulum dan dipanggil pro-collagen.
5. Procollagen kemudian diangkut dalam golgi-apparatus dan dikeluarkan dari cytoplasm ke luar sel.
6. Setelah keluar dari sel ke bahagian extracelluar, kedua-dua terminal pro-collagen akan dipotong dan dipanggil tropocollagen
7. Dengan bantuan enzyme lysyl oxidase dan co-enzyme Cu, molekul tropocollagen akan berhubung membentuk collagen fibrils membentuk ikatan covalent cross-linkages di bahagian residue hydroxylysine dan lysine yang bertentangan membentuk collagen fibrils.
8. Beberapa collagen fibrils pula akan bergabung collagen fibers
Perbincangan
Apakah jenis collagen supplement di pasaran?
Sekiranya kita mengambil supplement kolagen, biasanya ia adalah dalam bentuk Hydrolysed Collagen samada bersumber dari lembu (bovine) atau poultry seperti ayam atau marine seperti ikan. Collagen adalah molekul yang sangat besar dan hydolysed memecahkan molekul collagen kepada rantaian peptide yang lebih kecil. Rantaian peptide bagi hydrolysed collagen ini padat dengan amino acids jenis proline, glycine, alanine, hydroxyproline dan juga glutamic acid.
Apa berlaku bila kita mengambil collagen supplement?
Collagen adalah sejenis protein. Seperti mana protein-protein yang lain, apabila ditelan dan masuk kedalam perut dan usus kecil, protein akan dipecahkan kepada amino acids iaitu komponen-komponennya yang lebih kecil. Dalam erti kata yang lain, mengambil collagen supplement tidak berbeza dengan pengambilan protein yang lain seperti ikan, ayam, tempe dan sebagainya. Kebanyakkan asid amino yang dibekalkan juga adalah asid amino non-essential iaitu yang boleh dihasilkan oleh tubuh.
Kalau dilihat kepada langkah-langkah yang terlibat dalam menghasilkan satu molekul kolagen, kepelbagaian jenis kolagen, memang sukar dibayangkan apabila kita memakan hydrolysed collagen, molekul tersebut boleh terus datang dan struktur yang kekurangan dan menampal atau menepek di kawasan yang mana molekul tersebut degenerate, rosak atau kekurangan.
Namun, tidak boleh dinafikan bahawa ramai pengguna yang mengambil kolagen mengatakan kulit mereka lebih tegang dan anjal mungkin disebabkan oleh faktor fisiologi atau psikologi.
Pada pendapat saya. penuaan adalah proses yang tidak dapat dielakkan dan penuaan bukan sahaja disebabkan oleh denegerasi kolagen malahan beribu-ribu proses biokimia juga semakin perlahan disertai degenerasi struktur biologikal dengan peningkatan usia. Yang lebih utama bagaimana kita menguruskan fizikal, mental dan spiritual. Saya yakin fizikal yang sihat bergantung kepada penjagaan pemakanan dan senaman, kesihatan mental kita dipengaruhi oleh jenis maklumat yang kita benarkan otak kita memproses dan tahap kebergantungan kita kepada Pencipta boleh mempengaruhi emosi kita. Selain itu kita perlu juga menjaga beberapa perkara ekstrinsik dalam kehidupan seperti suasana rumah dan pejabat serta keharmoian perhubungan kita dengan orang yang terdekat selain persepsi kita dengan suasana persekitaran. Sekiranya faktor intrinsik dan ekstrinsik ini dapat dikawal secara seimbang dan seharmoni yang boleh, proses penuaan akan berlaku dengan cara yang lebih baik dan tidak terlalu drastik.

No comments:
Post a Comment